Friday 1 February 2013 0 komento

Cuti2

Dear diary...

Banyak benda jadi sejak kebelakangan ni cuma tak sempat je nak update.Aimy dah habis exam final untuk tahun pertama sem kedua except saya tak amik paper agame masa tu atas sebab yang tak dapat dielakkan.Oleh tu saya terpaksa amik make-up test yang akan diadakan pada bulan mei.Lambatnya lahai.
Tak cukup dengan tu,sebelum exam terjumpa ehem2 lama kat tasik tempat aimy dengan arif salu jog.Macam2 perasaan bercampur masa tu.Nak buat macam mana kan dah nak dekat 2 tahun tak pernah terjumpa sebab tu la terfeeling lebih masa tu.well..masa tu jela.
Tu antara cerita sampingan jela.



Baru 2 hari lepas,aimy baru balik dari Bandung dan Jakarta!!yeayy!!Seronokkk...pegi dengan mak dan kawan2 mak.Tak pernah pegi holiday dengan mak je.At least dapat la merapatkan hubungan antara ibu dan anak.Masa kat Bandung saya dah habiskan hampir 2 juta rupiah.Aiyooo....melayang duit.Harga 2 juta rupiah tu dlm rm600-rm700 kalau tak silap.Banyak jugak beli barang.Beli telekung,kain cantik2 dan serveniour tuk family.
my mom <3
Oleh sebab saya ni seorang yang berjiwa seni,saya telah menghabiskan 150 ribu rupiah untuk membeli sebuah alat muzik tradisional yg dinamakan Angklung.Rasa berbaloi beli sebab cousin2 yg cenonit kat rumah masa tu leka je main.Maknanya diorang pon suka dan saya pon suka jugak walaupon tak reti main lagi.. <3
Ade sorang cousin darjah 1 dah boleh main alat tu ikut not lagu yg diberi masa beli Angklung tu.Hebat2!!
2 hari main je dah boleh main 1 lagu.
beli dkt pak cik tu la..xtanye lak nama.
Tangkuban Perahu,Bndung.sejukkkk!!

Angklung dbeli d Tangkuban Perahu,Bandung.

Aimy ada kat Bandung 3 hari dan hari terakhir ada kat Jakarta pula.Sempat la tido satu mlam kat sana.Masa kat Jakarta,hotel yang sepatutnya kitorang check-in terkena pula tempias banjir,so dapat tau ditukarkan ke hotel yg ada kedudukan tinggi sikit dan tak banjir.Apa pon,dapat hotel yang sangat memuaskan hati.Masa kat Bandung duduk hotel Andelir,dan masa kat Jakarta duduk hotel Alia Prapatan,Jakarta Pusat.
Tak smpai lagi part yang paling best masa ada kat Indonesia....Tak lain dan tak bukan...MAKANAN!!
Kat sana saya asyik mkan je.Nasib baik tak lama kat sana,kalau tak dah boleh naik 10kg agaknye :P
mknn minang.

Kg Daun,Bandung.Tempat wajib pergi.Kalau tak rugi sangat.!!

Petik strawberi sendiri pastu jadi air strawberi  dan masuk perut.haha
Suka2.Lepas ni boleh la pegi Bandung lagi.Shoping puas..makan pon ok.Terima kasih kepada Pak Rudy yang setia bersama kami semua sepanjang berada di sana.Kami semua sangat berpuas hati kepada perkhidmatan yang diberikan oleh Pak Rudy dari Five Enstek travel agency dan Garuda Airlines serta semua pihak yang terlibat.Harap2 dapat kembali lagi ke bumi Bandung <3 dan Jakarta <3 .

#################-tamat-###############################





 
;