Thursday 8 January 2015 0 komento

My Baby Sister In High School!!

Dear diary,

      Tahun baru ni memikirkan umur yang makin bertambah,yang kebiasaanya mengikut tahun di Malaysia walaupon hari jadi akhir tahun.Hah.Kesian kan.Saya baru 3 bulan masuk umur 21 tahun (officially)bila tahun baru dah 22 tahun.Tak kisah la.Yang penting jiwa muda lagi.haha

        Sabtu minggu lepas (2/1/2015), teman adik pergi orientasi tuk sekolah menengah.Dia dapat kat sekolah aimy dulu SMKPP.Tak pasti kenapa sebab kebanyakan dari sekolah rendah dia tak masuk pon situ memandangkan jauh dari kawasan rumah.Dia antara yang tercampak kat situ.Nervous dia.
Aimy sekolah menengah kat situ dulu jalan kaki atau naik basikal je hari-hari sebab kami sekeluarga dulu duduk area situ sampai la aimy Form 3.Masa Form 4 sempat juga sekolah situ kejap.Jadi kiranya Aimy buat tour 'Back To School' bersama adik.

          Masa awal2 tu, semua niat nak pindahkan dia sekolah kat dengan cousin kitorang yang sorang ni jadi senang kalau mak atau abah outstation ke.Nak harapkan aimy ngn iqa susah sikit la sebab tak duduk rumah pon.Hmm..tapi kan.....bila dia pergi je orientasi masa tu,yang ikut mstila aimy,mak n ayah.

         Pagi tu kami pergi,check nama dia kat senarai kelas.Nombor satu terus kelas dia.1A.Kelas tuk Form 1 ada 14 kelas.Pandai2 la kira A sampai apa..A B C D...Bila adik dah beratur masuk kelas sume,kami tunggu kat dataran dengar taklimat.Dengar punya dengar,rupanya kelas adik kelas aliran agama.Satu kelas tu je aliran agama yang mana syarat kemasukan sekurang-kurangnya 3A UPSR dan sekurang2nya pangkat Jaid Jidan tuk PSRA.Nampaknya adik antara yang menepati kriteria.

        Mak ayah punya la suka terus tak jadi nak pindahkan dia sekolah.Ayah kata dia sanggup je hantar adik pergi sekolah.Lagipon ayah dalam proses nak bersara awal sebab tak berapa nak sihat.Adik pula lain kisah.Dia tak tahu pon dia aliran agama.Mungkin cikgu kelas tu tak sempat pon nak bagitau dia masa tu.Dia yang asalnya tak happy dapat sekolah tu jadi happy sebab dapat sekolah yang tak sama dengan keluarga pastu jadi terperanjat pula.Dia risau juga sebenarnya.

       Kes adik sama je macam saya dulu.Memang duplicate habis la.Bezanya Aimy yang masa tu first batch sekolah tu yang aliran agama.Adik kiranya batch yang ke sepuluh.Aimy dulu dapat masuk aliran tu pon cikgu terus letak sebab menepati kriteria.Mak pula dah suruh juga masuk bila tau.Tak dpat nak lari la senang cerita.Apa pon seronok juga masuk kelas camni.Tak payah nak tukar kelas.Kawan kelas sama je sepanjang 3 tahun kat situ.Tak payah susah2 nak start fresh kenal orang baru ke.

        Apa pon I'm happy for u.Ayah bagi je adik pilihan.Ayah kata cuba je dulu kalau tak nak nanti pindah sekolah.Ok la tu kan.Aimy ada record masa tu apa conversation kitorang.Nanti ada masa nak taruk sini.

       2 hari lepas hari jadi Rowan Atkinson.Dah 60 tahun umur dia.Dia bidang Electrical Eng. jugak.Kenal tak sapa dia tu.Bila tau je hari lahir dia aimy pon start la kerja meng'youtube' ni.Seronok k.Tengok dokumentari dengan interview dia semua.Harap dapat jumpa this British guy satu hari nanti.
https://www.youtube.com/watch?v=_FE45iWX0do

        Tu sahaja cerita buat masa ni.Banyak juga celebration yang lain masa akhir bulan Disember 2014 haritu.Hari Jadi Iqa,tak dapat nak pergi.Kawan satu dorm masa kat TTJ dulu kahwin.Congratss..ohh masa haritu terjumpa mom punya sijil nikah.Mom kahwin umur 22 tahun.Nampak gaya akan kahwin lambat sikit dari mak ni.Belajar pon tak habis lagi..Cepat la habis.Tak paham la macam mana bole belajar Degree pula ni.Aimy ni bukannya orang yang suka belajar pon dari sekolah dulu.Serius tak suka.huhu k la.Bye.

 
;