Wednesday 26 September 2012 0 komento

Berbaik Bukan Beerti Mahukan Kasih Kembali..~

Dear diary...

Tak tau kenapa mata ni susah sangat nak lelap walaupun jarum jam dah menunjukkan pukul 2 setengah pagi..aimy pon decide nak sambung post yang sebelum ni..

Kenapa ye aimy buat macam tu?kemaruk ea?dah gila ke?xpon saja cari nahas...?Mestilah semua tu tak betul sama sekali.Well,apa pon terpulang la pada setiap orang tuk menilainya...

Semua benda yang jadi disebabkan berbalik kepada persoalan 'Kenapa kita kena berbaik dengan semua orang? '..
Orang kata 'Berkawan biar beribu,Berkasih biar satu,Bermusuh jangan sekali'.

Mungkin ramai lagi manusia kat luar sana tak aware lagi dengan akibat bermusuhan.Mungkin jangka masa pendek ni kita tak nampak lagi tapi masa depan siapa yang tahu.Kita cuma mampu merancang.Semua yang bakal terjadi merupakan ketentuan-Nya.

Bila ada yang dah ubah status yang dahulunya baik ngan aimy tapi sekarang mungkin dah benci dan menyampah sangat...aimy cuma harap kita takkan berjumpa lagi.kalau jumpa pon sumanya terpaksa buka buku baru.Semua cite lama memang dah kne simpan jauh2 kalau tak reti lagi nak buang jauh2.

Dah setahun lebih cerita tu berlalu dan masa setahun lebih tu juga la macam2 dah berlaku.Pahit..manis..semuanya ada.Aimy jumpa macam2 jenis orang.Pengalaman mematangkan seseorang.Maaf bagi semua yang pernah terasa hati dengan aimy selama ni.Kesalahan yang cuma dapat ditebus dengan perkataan 'maaf',tidak mampu dengan benda dan perkataan lain


Berbaik semula tidak bermakna kita nak kembali seperti dulu yang mana sangat mustahil.Berbaik cukuplah sekadar tidak mahu bermusuhan.Jika bekerja dibawah satu bumbung di kemudian hari,maka tidak perlu bersusah payah nak membenci kerja cuma disebabkan kisah lama.Apa pon,dunia dah semakin mengecil.Pusing2 pun lambat laun ada kaitan juga.

Good Luck with your path..

*******************tamat***************
Sunday 2 September 2012 0 komento

A Very Typical Man... :-)

Dear diary..,

Masa tengah tulis post untuk kali ni,aimy tengah dengar lagu 'Untuk Dia' dari Sleeq ft Najwa.Kenapa ye?Sebab kebetulan jela.Hee..

  Post arini cuma nak cerita apa yang terjadi semalam je.Tak sempat nak post malam tadi.Huhuhu..:'(
Cerita pon dah basi...Hmmm..

  Semalam aimy online kat library dan kat sana mesti la ada wifi kan.Sebab dah bosan aimi pon try2 wifi tu tapi tak boleh pulak.Sebab masa tu ada kat tingkat 4 kot.Line tak berapa nak elok sangat.On the way nak ke motor(masa tu loceng library dah memekak sebab nak halau kami semua keluar :p),tiba2 massage dari 'watsup' masuk.Jeng jeng jeng...cuba teka mesaj sapa masuk?Haa..mesti la mesaj orang saya dah mesaj sebelum2 ni.Kekasih lama mesaj.Padan muka sapa suruh gatal2 tangan hantar mesaj kat dia.Sekali dia balas terus terkedu tak tau camna nak respond.

  Sebenarnya tak payah nak terkedu sangat pon,dia cuma balas kat aimy no gf dia yang sekarang.Rasanya title gf la sekarang.Kalau dah naik ke tunang ke isteri ke tu wallahualam.Kenapa ea dia cuma hantar card buah hati dia yang sekarang ni?Oleh sebab aimy ni tak dapat nak berfikir dengan jauh,apa lagi mestilah ada rasa macam stress sikit kan.Sepatutnya tak payah nak stress sangat la aimy oiii...

  Petang tu,aimy pon pegi la amik angin kat taman somewhere kat bangi.Ramai orang jog masa tu.Aimy datang sana dgn buah hati tersayang merangkap penasihat terbaik,abang paling caring dan kawan baik yang paling memahami.Aimy dah cerita semuanya awal2 lagi kat dia.Dapat je watsup dari dia aimy terus bgtau Arif.Dah nama pon arif,so mestila pakar semua benda kan kan..(Hee..sory sayang :p)

  Buah hati aimy pon mula la tanya macam2.Apa perasaan la..Dah macam temu ramah ala-ala retis gitu.Haha..Aimy pon dengan nerdnya bgtau la semuanya setelah didesak beberapa kali mcm dalam rancangan melodi.
(setelah diubah suai sikit supaya senang dibaca)

Perbualan pertama:
   Arif  : So apa perasaan sayang sekarang?
   Aimy: Sedih. (sambil bejalan ke arah tasik)
   Arif   : Eh sayang,jgn la bunuh diri pulak!
   Aimy : Mana ada la!Merepek je awak ni..(ayat common)

Hahaha..lepas tu cm segan duduk situ.Mesti orang kata kitorg berjiwang pulak.Dengan kawan arif yang dah abis lari satu round lagi.Segan2.Aimy pon decide nak lari jela.Ermm maksudnya jog.Tapi  dapat kejap je.Lepas tu ktorg sambung balik perbualan sambil berjalan.

Perbualan kedua:
  Arif   :Nape sayang rasa sedih pulak ni?Cuba sayang cerita kat saya.
  Aimy :Saya tak la sedih pun.Saya cuma terpikir kenapa 'S'(bukan nama sbenar) bukannaya orang lain.Saya
            ni ex dia and 'S' pon sama tapi kenapa dia baik je dengan 'S' tapi saya lain sangat.
 Arif   : Benda ni berbalik balik dengan camna cara korang putus.Dulu sapa yang minta putus?Awak ke dia?
 Aimy : Saya.
 Arif   : Dia dengan 'S'?
 Aimy : Entah la.Rasa macam dia yang minta putus kat awek dia.

Aimy dengan Arif pon berhenti la dekat satu kawasan lapang ni sambil berdiri menghadap tasik.Masa ni tak berapa nak ingat sangat.Arif ada cakap.

"Sayang tau tak,a very typical man kan..bila awak dah putus dengan dia lepas tu dia dah minta awak balik tapi awak tak nak,dia takkan nak kat awak lagi.Dia akan campak awak jauh2 dari ingatan dia."


Arif ada cakap lagi,walaupon 'S' tu ex dia juga tapi mungkin dia senang dengan 'S'.Masa putus tu mungkin xde gaduh teruk2 ke tak pon mungkin dia yang minta putus dengan 'S' so dia senang balik nak attach.Tak macam  awak(aimy).Dulu kan awak yang minta putus kat dia sebab tu la lain.

Masa tu dalam hati kata lelaki ni egois.Haaa..tak pasal2 lelaki yang kena.

Hari ni(lepas dah tido n pegi mandi),aimy belajar satu benda.
 'Only Second Chance Exist'.
Tak ada yang ketiga atau ke empat atau kepuluh-puluh atau ratus-ratus ye kawan2.

Apa pon setiap yang terjadi ada hikmahNya.Aimy dah dapat yang lebih baik.Mungkin 'S' lebih baik dari Aimy sebab tu dia dapat 'S'.Setiap orang kan dah tertulis jodoh dia.Wat apa la kita manusia yang kerdil ni nak pertikaikan ketentuan Illahi.
  
*next post nak cite napa aimi g msj ex yg dlu tu..xnak la org label aimy ni pompuan jahat pulak kacau pakwe org..sory sikit.

/*******************************the end*********************/




 
Monday 16 July 2012 0 komento

Let It Be..~~

Dear diary,
       Masa tengah tulis blog ni..aimi tengah makan nasi paprik dengan telur mata.Heee..gemok la saya kan.
Tadi mak dengan ayah datang nak hantar hendset baru.Walaupon biase punya je janji boleh pakai.Handset kalau nak ikutkan ada 2 tapi satu lagi rosak n satu lagi baru je hilang semalam dalam bas rasanya.Masa tu otw balik dari KLCC.
      Nasib baik ayah belikan fon.Huhu susah jugak hidup xde fon.Azab sangat.Ni sampai dah pening pale tunggu orang.Ingatkan boleh mesaj pakai hati tapi nampaknya mesaj hati ke hati tak sampai pulak.Tengok nasib la kot.Tak pon masih x cukup kuat lagi hantar mesaj pakai hati.Laki bini atau pon mak dengan anak je kot boleh buat macam tu.Hmm.. :'(
      Tu jela wat masa ni.Terima kasih kat abah sangat2!! <3
      Btw maaf dekat manusia yang kena tunggu saya petang tadi.Kita sama-sama penat menunggu.Adil la kan.Beza sikit je.Saya kena hujan sebab motor mana la ada bumbung.Saya pon tak pikir macam awak pikir.Apa yang saya ingat masa lunch tu saya ada nak tunggu awak macam mana nanti?Lepas tu saya sendiri jawab tengok la macam mana.Saya tunggu kat kelas awak ke tak pon saya balik n tunggu kat ilmu ke.Maybe part yang belakang tu awak tak dengar.
      Kadang-kadang saya nak jadi macam perempuan.Nak awak cuba paham saya.Saya nak tunggu putera saya datang kat saya masa susah atau senang ,hujan atau ribut.Masa panas ke mendung ke.Tak kira la masa apa.Saya tak perlukan orang yang boleh mulut manis je dengan saya sebab orang macam tu datang dan pergi  macam angin je.Saya nak lelaki tu ada masa saya perlukan dia.Mungkin saya cuma angan-angan berlebihan sangat.Maaf la susahkan awak.Saya selalu lupa saya ada keluarga yang lagi penting yang boleh tolong saya semua benda.Lain kali saya akan cuba minta tolong orang yang sepatotnya dulu.
      Maaf.Bagi la saya masa satu hari je untuk elok balik.Selalunya saya x marah awak lebih dari satu hari kan.Tolong jangan kacau saya esok.Saya perlukan masa tuk diri sendiri jugak.Jumpa awak rasa sebak sangat nanti.
       Saya sayang kat awak walau apa pon yang terjadi.Maaf untuk semua benda yang jadi hari ni.

/***************************the end***********************/
Friday 13 July 2012 0 komento

REALITY

Reality of Life

Dear diary,
      Semalam merupakan hari yang malang.Buku teks Circuit telah hilang bagaikan sekalip mata sahaja.Masa tu,aku telah meletakkanya ke dalam bakul motorku.Ku tempatkan motorku di tempat letak motor di perpustakaan.Aku hanya meninggalkan buku itu selama sejam lebih untuk mengulang kaji kononnya.Terdapat juga program 'Sembang Siswa' yang dijalankan ketika itu di teater perpustakaan.Sempat juga aku mendapat sedikit intipati dari program itu walau pon hanya menjenguk ke dalam selama beberapa minit.Setelah tamat waktu penggunaan perpustakaan,aku diiringi sahabat hidupku kembali ke tingkat bawah perpustakaan untuk ke kenderaan masing-masing supaya dapat pulang ke rumah.Ketika itu,bagaikan tak percaya buku teks Circuit ku telah pon diambil orang.................Rasa sedih sangat-sangat.Sahabat hidupku 'Arif ' menasihatiku agar bersabar.Baginya mungkin sesuatu barang yakni hak milik kita diambil orang lain mungkin disebabkan kita telah mengambil barang orang lain secara tidak sedar pada masa dahulu.Kemungkinan Allah S.W.T membersihkan harta kita dengan cara itu.Wallahualam.

Terkilan sedikit disebabkan hanya lagi 2 hari lagi aku bakal menghadapi peperiksaan pertengahan bagi subjek Circuit.Terkilan sebab yang kedua pula kerana buku itu merupakan buku turun temurun yang diberi kepadaku.Maaf kerana tidak menjaganya dengan baik.Semoga kejadian ini tidak mematahkan semangatku untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek tersebut..
Amin..

/*******************The End****************/

p.s:kali ni ala2 cerpen..bosan je kn....huhu....
    miss u...........(the book)  :'(

   
Monday 9 July 2012 0 komento

Good or Disaster...o.O

Bismillah..
Dear diary,
    Malam semalam ada benda jadi kat aimy ngn someone..Harap2 semua benda akan tukar jadi baik..okkkk...Sebenarnya tak tau macam mana nak luahkan.Kadang2 rasa macam lega dan kadang2 rasa macam takut pon ada.Saya cuma nak hidup yang normal dan lurus.Tak nak bengkang bengkok..

At the end sooner or later,nak jadi engineer kot.Hmm xpon ade kerja yang memang dalam skop jurusan aimy which is Bachelor in Electrical Power Engineering.Nak ada gaji yang besar.Mesti la semua orang nak kan tapi nak cube hidup secara bersederhana.Xdela orang nak dok busuk hati kat kita kan.Insya Allah tenang.
Dalam masa kurang dari 4 tahun ni,harap2 dah kahwin.{Tolong cepat k..!!kalu x sye nk lari jauh2 dr awk.paham x.haaa...baik awk takut skarang..hahaha..ok just kidding.Saya akan tunggu sampai la awak dah sedia dan harap awak pon akan tunggu saya sampai la saya dah sedia jadi teman hidup awak..peace..:)

merenung masa depan??hee..:P
Bila kita dah lama dengan seseorang tu,ada masa kita akan memberontak je.Ada je yang tak kena.Bila dah bersatu dengan berkat semua orang nanti,sama2 lah kita berdoa hati kita disatukan.Bukan sahaja hati kita tapi hati2 keluarga kita turut sama bersatu.Semoga kita akan kekal dengan izin-Nya.

//***************** The end ******************//

(post ni tuk awak je..saya akan tunggu hari tu sampai..sayang sangat.xboleh dah nak lepas dah..pliz be with me until my last breath <3 )

Tuesday 3 April 2012 0 komento

MY LIFE IS FULL WITH JEALOUSY..

Dear diary...
Hari ni hari yg sangat pnt mentally dan physically jgk..
Habis je kelas tadi g singgah coolblog dan terus je gerak balik ilmu..Hujan tengah renyai2..Main redah je..Xpela.seronok jugak sbenarnya tapi tak tau kenapa hari ni rasa sayu je.Rasa macam nak nangis je sepanjang hari.Rasa macam nak join cuaca yang tengah nangis jugak.Rasa macam ada banyak beban kat badan ni yang kena tanggung.Biasa la hidup ni kalau xde masalah bukan manusia namanya.

Banyak perkara yang tak best jadi.First,kerja lab kena hantar hari ni tapi macam mana pulak boleh tak tau.Lab partner boleh pulak tak bawa data yang nak kena hantar sekali.Part kerja yang kena buat nasib baik dah settle semalam.Haishh..Dia pon apa lagi,buat lah kerja 'meniru lab data orang lain'.Takut la markah nanti macam mana la.


Second,budak kelas yang sama2 dalam team media boleh pulak menjerit kata 'TEAM MEDIA BORING!!'..Bila perasan aimi ade dia cakap 'OPPSS..Nasib baik dia tak dengar'..Banyak la kau punya tak dengar.Suara dah la nyaring! kuat! pontianak pon sama taraf suara dengan dia.Ish2..sabar2..Huhu..sangat la tak suka orang kutuk benda yang ade kaitan dengan diri ni.Kalau dia tu bukan dari kalangan Team Media takpe la jugak.Nasib baik la kau tu bangsa yang pandai2..tapi pandai pon perangai tu elok2 la sikit.Kalau nak mengumpat pon pegi la mengumpat dalam fon ke skype ke chat mana2 ke.Benda suma dah free dan mudah je sekarang..


Thirdly,balik je kelas tadi terus je buka lappy.Rasa macam nak baca blog seseorang.Kadang2 saya suka jadi  stalker.Blog bf sye punya ex.Perempuan tu baru je lepas SPM tapi sebab dia pandai masa bulan 1 tahun ni(2012) dia dah dapat masuk UIA kos asasi.Hebat sangat.Dapat masuk universiti sebelum keputusan Spm keluar.Lepas abis asasi dia akan sambung pulak bidang Medic.Rasa cemburu sangat2 dengan orang macam tu.Dah la muda(walaupon beza setahun je),pandai,cantik apa lagi?Sumanya la yang wangi2 ada kat dia.haha..comel..ada lagi nak tambah pulak.Kalau tak silap kos asasi yang dia smbung kat PJ.Tempat dia dekat dengan rumah awak la sayang!tak nak pergi jenguk ke?Hee..Saya tak kisah pon kalau awak nak balik ke atau pegi jumpa dia sebab saya rasa korang suit each other.Sama-sama comel.. Apa pon saya happy bila awak happy.Jadi kalau akan datang awak masih dengan saya atau dah dengan orang lain saya masih akan support awak dari belakang.Awak kan abang saya yang paling HEBAT !!
Hee..saya ni emosi terlebih ke apa ye hari ni.Cemburu sangat dengan semua orang.Ada hidup yang menarik sangat.Hidup saya tak menarik ke?Hmmmm...Entah la..tapi apa yang saya tahu..Saya ada family yang HEBAT2!!

Rasanya saya ada masalah yang sangat serious dengan kes cemburu.Saya cemburu bila orang tu cantik,pandai berfesyen,ada kawan ramai yang happening.Haha ada satu part ni  salu cemburu tengok orang pakai tudung bidang yang labuh tu.Nampak sangat comel dan sweet je.Rasanya nanti nak beli satu buku motivasi.Nak cari yang ada tajuk 'Tangani Perasaan Cemburu','STOP Cemburu','Perasaan Cemburu Pemusnah Kehidupan'..Ada ke buku2 tajuk macam ni?Nanti la cari.Ada lagi RM100 duit yang kerajaan bagi tak gunakan lagi.

Ok la..Setakat ni sahaja..Nak siapkan kerja yang bertimbun pulak.Banyak lagi benda nak tulis..Waaaa.... :'(
pic xde motif apa2..
Friday 10 February 2012 0 komento

Tinggal Harapan?

Loving u like hell..huhu..
Still wondering..all the time...
Saya suka awak lagi ke??

Sejak dari cuti semester 3..x hantar dah msg kat awak..tapi xtau kenapa td tetiba terhantar..Saya cume hantar apa yang awak pnh hantar kat saya dulu...'Awak..'.Kali ni awak blas wlaupun cume satu prkataan jugak..Tersentap tetibe..Kali terakhir saya dpt msg awk pon bulan Oktober 2011..Itu pon msg tergantung..hmm..Mungkin awak x patut balas mesaj saya dan mungkin saya dah xpatut hantar mesaj kat awak lagi..Tapi setiap hari akan ada beberapa saat..minit..mahupun jam saya akan teringat kat awak..Rasa macam ada harapan je..Benda macam tu memang tak mungkin..mustahil sangat2.

Walau apa pon..saya kena fikir sematang2nya..Nak teruskan apa yang ada sekarang ni atau pun berhentikan semuanya dan mulakan proses menunggu..Saya dah buat keputusan.Cuma kadang2 akan ada masa dan ketika rasa macam nak berpatah balik.Pergi semula.Mengharapkan sesuatu yang tak pasti..

Life is Like A Boat..(xdekaitankot)
i miss u.but life must go on..='(


Harap dapat jumpa awak sebelum saya buat keputusan yang menentukan semuanya nanti..
To: Ann (N)
 
;