Reality of Life
Dear diary,
Semalam merupakan hari yang malang.Buku teks Circuit telah hilang bagaikan sekalip mata sahaja.Masa tu,aku telah meletakkanya ke dalam bakul motorku.Ku tempatkan motorku di tempat letak motor di perpustakaan.Aku hanya meninggalkan buku itu selama sejam lebih untuk mengulang kaji kononnya.Terdapat juga program 'Sembang Siswa' yang dijalankan ketika itu di teater perpustakaan.Sempat juga aku mendapat sedikit intipati dari program itu walau pon hanya menjenguk ke dalam selama beberapa minit.Setelah tamat waktu penggunaan perpustakaan,aku diiringi sahabat hidupku kembali ke tingkat bawah perpustakaan untuk ke kenderaan masing-masing supaya dapat pulang ke rumah.Ketika itu,bagaikan tak percaya buku teks Circuit ku telah pon diambil orang.................Rasa sedih sangat-sangat.Sahabat hidupku 'Arif ' menasihatiku agar bersabar.Baginya mungkin sesuatu barang yakni hak milik kita diambil orang lain mungkin disebabkan kita telah mengambil barang orang lain secara tidak sedar pada masa dahulu.Kemungkinan Allah S.W.T membersihkan harta kita dengan cara itu.Wallahualam.
Terkilan sedikit disebabkan hanya lagi 2 hari lagi aku bakal menghadapi peperiksaan pertengahan bagi subjek Circuit.Terkilan sebab yang kedua pula kerana buku itu merupakan buku turun temurun yang diberi kepadaku.Maaf kerana tidak menjaganya dengan baik.Semoga kejadian ini tidak mematahkan semangatku untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek tersebut..
Amin..
/*******************The End****************/
p.s:kali ni ala2 cerpen..bosan je kn....huhu....
miss u...........(the book) :'(
miss u...........(the book) :'(
0 komento:
Post a Comment