Thursday 12 November 2015 0 komento

Masih Dalam Kebodohan

Dear diary,

Selalu saya dengar orang berpesan 'Pilih lelaki yang suka kita bukan yang kita suka dia'.Maksudnya pilih yang memang suka kita,Jangan pula pilih yang kita suka dia sangat-sangat tetapi mungkin dia tak suka kita pon.Mungkin suka tetapi sikit.

Aimy paham.Kenapa orang cakap macam tu sebab dia tahu dari pengalaman dia.Banyak makan hati bila kita pilih yang kedua tu.Kita yang pilih dia.Mungkin kita bukan la pilihan dia sangat.Mungkin dia tak ada pilihan lain.

Bagi fikiran Aimy pon minta pilihan pertama.Hidup awak senang miey.Bahagia.Tidak perlu lagi nangis selagi tidak ada krisis timbul.

Aimy usaha.Bila aimy jenis yang berusaha dah keluar,dia cuba dapat apa yang dia nak.Dia nak bahagia cara dia walaupon dia tau bahagia tu sekejap je.Boleh dikira detik yang gembira.Aimy hargai dia sebab Aimy tahu yang dia tidak akan jadi milik Aimy.

SALAH kan permikiran macam tu.Pemikiran haluan kiri.Pemikiran yang pentingkan diri sendiri.Pemikiran yang menjerat diri.Pemikiran yang tahu pengakhiran ni derita.Mungkin sebab itu tajuk dia 'Masih dalam Kebodohan'.

Ramai orang dewasa macam ini mungkin.Punya kebahagiaan tetapi pilih penderitaan.Kerana dia yakin yang penderitaan itu akan bertukar kebahagiaan dengan usaha.Rasa kebahagiaan mungkin lebih manis dan bertahan lebih lama.

Aimy sudah melepasi umur remaja.Segelintir sahabat seumur aimy sudah berjaya membuat pilihan.Sesetengah masih tiada pilihan atau keliru dengan hidup.Masih majoriti seperti aimy tapi percayalah majoriti ini akan menjadi minoriti kurang dari 8 tahun lagi.

Sedih dan kecewa dengan diri.Masih dalam kebodohan.Doakan aku cepat tersedar.Supaya aku tidak bodoh selamanya dalam angan-angan dan mimpi indah sebab dunia ini realiti,yang tidak dapat dielak kecuali mati.
 
;