Monday, 8 December 2014 0 komento

Tahu.

Dear diary,

Saya ada perasaan sakit hati yang susah nak buang.
Tahu.Tak boleh sakit hati lagi-lagi dekat keluarga sendiri.
Tahu.
Tahu.
Tahu sangat.

Saya nak balik rumah.Rumah tak la jauh sangat.Tapi bila balik je mulalah tekanan.Sedih la.Rasa kecewa la.Jelous la..
Tahu.Saya yang kecewa.
Tahu.Mak Ayah kecewa.
Tahu.Adik beradik kecewa.
Tahu.


Saya tahu jangan bangga diri.Jangan banding dengan adik-beradik.
Tahu.Kita balik yang binasa.
Tahu.Mak Ayah pon tak suka.
Tahu.Mereka sahaja adik kita.
Tahu.
Tahu,

Saya belajar agama.tapi saya tak praktikkan agama saya.
Tahu.Dosa.
Tahu.Neraka.

Mak nak bagi apa yang saya nak.Saya dah minta lama tapi mak baru dapat bagi.
Tapi sekaang saya rasa sakit hati sampai rasa tak nak dah benda tu.
Bodohnya aku.Kejam..Pergilah syaitan tak guna.Pergi jauh2 dari diri ni!!!

Thursday, 16 October 2014 0 komento

Sambungan~Campur Aduk

Dear diary,

Dah lama kan.Banyak benda jadi sejak last post.Banyak sangat benda nak cerita.Sampaikan terpikir mungkin dah tak praktikal nak luah perasaan menaip.Orang sekarang buat vlog je.Ha mampu ke nak buat.Apa pon memandangkan cuti yang lagi berbaki seminggu lebih ni,sy akan gunakan sebaik mungkin.

Jom throwback kejap ye.Masa pertengahan semester hari tu,Arif punya konvokesyen.yeay.
Tahniah sangat.Masa dia amik skrol tu betul2 turn gamelan nak masuk.Tak sempat nak ketuk pon,yang sempat cuma bonang jela.Awesome kot.Berapa ratus orang yang amik skrol akan ade 2-3 orang je yang bonang lead solo.Masa tu main gambang je.Ok la tu.

Lepas tu,baru2 ni pegi PD.Iqa je yang tak ikut sebab dia ade program kat mana tah under usim.Family pak cik pon ikut sekali so dapat la first vacation dengan my twin baby,Adel.hahaha.Twin sangat..Dulu twin dengan Najwa,cucu maklong.Ni ade lagi sorang pula.
"Adel ingat ea kalau dah pegi kat Ireland nanti,dah jadi mat salleh jangan lupa kat auntie ea."
Wuuu 'auntie' dah sekarang.Tapi kak kema (mama Adel) bahasakan diri ni 'Kak Long' bila kita borak dengan Adel.Still xde anak buah yang panggil 'auntie' lagi.Diorang memang panggil 'kak' je.Nanti la biasakan diri.Apa pon masa ni Adel belom sampai setahun lagi,Tak reti lagi jalan.

Ape lagi ye.Hmm dekat fb ramai yang dah update status dah habis belajar.Kebanyakannya diploma sebab tu dah habis dah.Seronok tengok masing2 dah berdikari,ada yang dah kerja.Ade yang dah kahwin jugak.Beberapa minggu lepas pergi Khairun kahwin.Dia buat kat Kajang jadinya dekat jela nak pergi.Pergi dengan mak,iqa dan zirah.

Hari ni giliran untuk jaga ofiz mpp.Masa nak siap2 pagi tadi buka la fb.Ade seorang akk dulu belajar satu uni update pasal sorang kenalan ni yang meninggal pagi tadi.
Innalillah.Kenal sangat dengan akak yang meninggal tu.Kak Roslina.Arwah tu xpernah lokek dengan senyuman.Dulu kami sama-sama jadi fasilitator.Walau pon tak berapa nak rapat sangat tapi ingat sangat dulu ktorang penah amik gambar sama sebab baju kurung lebih kurang sama masa tu.Dia peluk pastu suruh cameraman amik gambar.Tu kenangan yang paling ingat sekali.Masa tu amik gambar dekat bukit apartment ilmu.

Bila perginya orang yang kita kenal,umur lebih kurang sebaya membuatkan fikiran ni tak putus2 pikir.
Akan hidup ke kita sampai kepala kita beruban.Bersiap sedia ke kita waktu tu.
Hidup ni bukannya untuk pikir nak kahwin ada anak dan hidup bahagia.Yang paling penting kehidupan masa akhirat nanti yang kekal selamanya.

Al-Fatihah buat Arwah Roslina Mohd Noor (1988-2014)
Al- Fatihah juga buat ahli keluarga dan sahabat yang telah pergi meninggalkan kita.~


Thursday, 28 August 2014 0 komento

Repeated Life

Dear diary,

It is a tiring day..
I was hoping it to be more brighter than yesterday.
Somehow it worst.
Student..Never ending assignment..Never ending test.
I took a midterm test yesterday.
I need to submit 2 assignment tomorrow.
I need holiday so badly.
More than others.
I never experience more than a month holiday for the past 4 years.
I know I shouldn`t be greedy.
But I lost myself day by day.
I went for a career fair and had this personality test.
They said I`m a NURTURER.

'You love listen to other people and have the ability to perceive the feelings of others.You gain great satisfaction from working and interacting with people because you are able to understand them.You easily forgive others and enjoy helping them solve problems.'

Its the description given to me.
I wonder,
Am I too really took care other people.
Then why I dont have time for myself.
Why I am not happy.
Why I feel bad for what journey I have been through.
Maybe I took the wrong course from the beginning.
I wonder when I can stop pretending.
And live my life happily forever and ever like a Cinderella story.
The End.
Saturday, 19 July 2014 0 komento

Pertemuan

Dear diary,
Hai..
Hari ni tercapai perkara yang nak dilakukan sebelum menjejakkan kaki ke alam perkahwinan...Nak ikutkan ni macam angan-angan masa degree Tahun 1 tapi masa Tahun 3 ni baru la tercapai juga.Walaupon mungkin macam lain sikit dari perancangan asal yang bila difikirkan balik mustahil nak capai,tapi kiranya terlaksana juga.
Mungkin ini petanda dah kena move on.Hati terpaut ke apa bukan persoalan.Jawapan kepada persoalan mungkin dah ada.Kalau tak ikut sangat la menipu diri sendiri.Sebab dah janji kat diri.Hmm..sebab tu la tak sepatutnya pasang janji macam tu dulu.Apa pon tak sangka tercapai.
Walaupon cuma 2 jam setengah je dan tak ada pengisian sangat pon tapi sangat lah memadai.Orang kata jangan tamak.Orang tamak selalu rugi
Akhir kata,Alhamdulillah.Berkat nak puasa rupanya.Subhanallah :-)

~27 Jun 2014















p/s: post sebelum ni penah bgtau impian tu..'saya harap dapat jumpa dia sebelum saya decide semua bnd'.yup.tu la dia.

0 komento

Dream


How much I miss my old me and you.
Being able to back in time like everything is normal.
Now I can move on like what I always dream.
Without turn back continuously like before.
Love the past you share.
Memory always has it own sweetness
Good Luck to you.
Love.

~11 July 2014


Thursday, 17 July 2014 0 komento

Letter To First Love

Dear Diary,

Saya selalu pandang suatu cerita tu dari sudut saya.Saya selalu juga pandang cerita dari sudut dia sebaik yang mungkin.Saya selalu anggap ada sebab kenapa dia tak contact saya lagi.Mungkin tidak bersedia barangkali,Saya selalu rasa terbeban dengan rasa bersalah kat dia.Bersalah sebab dah tinggalkan dia macam tu je.

Tapi bila satu hari ni dia balas mesaj saya,saya rasa macam ada peluang je.Walaupon benda tu tak boleh dan tak patut sangat,bersalah saya rasa kat someone yang sayang saya.Sayang..ada hikmah saya tak ikut cakap awak.Ada hikmah kenapa saya terus mesaj dia.Ada hikmah kenapa saya contact dia lagi.Saya harap dia rasa beban yang saya rasa selama ni.Tapi saya dapat lebih dari tu.Saya dapat kebenaran yang saya patut tahu.

Sedih.Satu perkataan je bila tau kisah sebenar.Saya sayang dia dari dulu tapi balasannya cuma kebenaran yang pahit nak telan.Nak buat macam mana.Langit tak selalunya cerah.Saya ingat kisah cinta pertama saya lagi bagus dari awak.Sekurang-kurangnya tu apa yang saya ingat la.Saya still akan ingat kenangan manis tu.Sekarang ni saya baru tahu ada juga part2 pahit.Bertambah pahit bila saya baru tahu sekarang.Setelah sekian lama dia baru nak cerita kisah disebalik.Dia anggap saya dah tau tapi saya tak tau apa-apa pon.

Tak guna pon perasaan sekarang ni.Saya rasa bersyukur sangat Allah S.W.T buka pintu hati awak tuk cerita kat saya.Mungkin sedih mulanya.Tapi lepas tu saya ok dah.Benda dah lepas ,sedih lebih2 pon xda guna lagi.Somehow it explains everthing clearly.Crystal clear.Untuk kekasih awak,Cik Sha,saya minta maaf kalau awak tak tahu apa yang terjadi.Kalau saya tahu dah lama saya tak kacau dia.Saya selalu anggap yang pertama biarlah yang terakhir.Mungkin saya silap.Dia memang untuk awak.Saya harap awak dapat bersama dia balik.Saya doakan yang terbaik tuk 2 sahabat saya ni.

N.Thanks bgtau saya.Tolong jangan menyesal.Saya tak menyesal tanya.Saya tak sangka awak cakap awak suka saya lagi sebelum tu.Yup saya ingat juga yang manis bukannya yang pahit je.Sayang.Suka.Lumrah hidup tu.Sunyi barangkali.

Awak ajar saya macam2.Saya takkan pernah lupa awak,jasa awak,senyuman awak,segala-galanya.Saya harap awak ingat besday saya.hahaha..lol.
Saya harap awak bahagia.Saya bahagia bila dengar lagu kat radio masa dalam kereta tu,'Masih Mencintainya'.Saya tahu dah isi hati awak masa tu.Thanks sangat2.Maaf tuk semuanya.
Thursday, 10 April 2014 0 komento

Mari Semarakkan Cinta Jarak Jauh

Dear diary,

Salam untuk diriku dan sesiapa yang terlintas kat blog ni.hai2.Selamat datang.
Hari ni nak cerita sikit cara nak hiburkan diri bila dah sedih tambah dengan lapar lagi.Tajuk macam dah gempak kan tapi sabar kejap ya.Kena la ada alu-aluan dulu.

Pukul 10 malam tadi sebelum sambung borak dengan Arif,mizz Aimy pon pegi la makan dulu.Kalau tak nanti mesti moody punya.Nak buat kerja ke study ke pon tak larat.Peduli la diet tu,kalau memang korang tak makan dari pagi so pegi je makan time malam ke siang ke subuh ke.Eh panjang pulak pasal makan ni.Eksited gitu.

Berbalik pada cerita,sambung la whatsup dengan Arif my sayang.Nak muntah pegi jauh2.Hahaha..Sekarang kan dia dah kerja jauh sikit,salu jumpa hari-hari tapi sekarang seminggu sekali.Kalau mizz Aimy balik kg ke tak jumpa langsung.Babai nanti 2 bulan tak jumpa.Sambil2 dengar lagu 'Kau Pergi Jua' dari Najwa Latif dengan iamNeeta terase sedih pula.Tapi gigih lagi ni taip.Tujuan kali ni sebab nak abadikan kenangan jarak jauh ni dalam bentuk yang boleh direview bila rindu.Ecewahh..Mengada je lebih kan.Alaa bukan selalu pon.

Hari ni mizz Aimy ajak Arif berpantun.Baru la lain dari chat yang selalu.Lagi pon baru je beli buku pantun.Arif pula memang dah arif.Anak cikgu bahasa melayu kan.Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Perbualan dibawah hanya boleh ditaip separuh je berlaku lebih kurng pukul 10 suku malam.Nak taip semua jenuh la mak oii!!

Aimy  :  Ayg dengar lagu ke?Saya dah kekenyangan ni.*baru lepas makan bihun goreng.
Arif    :  Dah tutup dah. :-)
             Alhamdulillah.
Aimy  :  Hee..Ayg sy nk bg pantun.ayg balas.
Arif    :  Ok.
Aimy  :  Dari mana punai melayang,
             Dari sana turun ke padi,
             Dari mana datangnya sayang,
             Dari mata turun ke hati. :-*
             Haha..ni bukan pantun berbalas pon kan.
Arif    :  Punai hinggap di dahan jati,
             Sayang hamba membawa ke mati.
Aimy  :  Awwww *clap2.
Arif    :  Menunggang kuda biar berpada,
             Jangan dipaksa nanti mati,
             Kalau ayg tak percaya,
             Operatelah dada xray lah hati. :-P
Aimy  :  Pacat di kaki naik ke punggung,
             Dekat paya di Kampung Kampai,
             Hajat di hati nak peluk gunung,
             Apakah daya tangan tak sampai.
             Jom kita fb komen bnd ni nk x? (dengan harapan nk simpan la)
Arif    :  Dekat pokok ada belatuk,
             Ayg...aye dah nantok.
Aimy  :  Alaaaaaa..Nanti sambung la.
Arif    :  Kat pokok ada dahan,
            Aye nantok tapi boleh tahan.
            Dah basuh baju kene bilas,
            Saya tido dalam pukul 11.
Aimy : Kalau nak turutkan hati,
           Saya biar je ayg sendiri.
           :-( g la tdo.

Sekian saja perbualan kami.Ada lagi sambungan sikit tapi part pantun dah takda dah.mizz Aimy punya pantun ada la 2 tu je.Semua tu amik kat dalam buku 'PANTUN & BAHASA INDAH, Jendela Budaya Melayu' hasil dari Dr. Rais Yatim.Suka sangat buku ni.Baru je beli tak sampai sebulan.

Hasil pantun dari Arif punya tu tak tau dari mana dia dapat.Ada yang macam dari babak filem P.Ramlee kan.Macam ada yang dia hasilkan sendiri.Tak kisah la yang mana,mizz sangat berbangga dengan pencapaian kami berdua.Mungkin lain kali kami akan cuba hasilkan pantun yang lebih universal.Hahaha..Ni macam orang bercinta tak hingat dunia sangat kan.Kalau la orang baca agaknya muntah berbaldi-baldi tak?

Lepas ni harapan start awal so boleh berpantun banyak.Ni kalau takat pantun nak tidur buat apa kan.
Baiklah semua.Selamat beradu.mizz Aimy kena study sebab hari Jumaat ni ada paper Comsys.Final Exam untuk sem pendek punya subjek.
Semangat!! Harap2 boleh la menjawab semuanya dengan tenang dan mudah.Aminn..

Good Night semua.Sweet Dream k. :-)




Sunday, 23 March 2014 0 komento

Kembali Setelah Lama Menyepi

Dear diary,

Lamanya x buka blog smpai lupa terus.Ingatkan dah lenyap dari alam maya.Tgk kat history ada orang usha blog ni baru2 ni.Sapa la rjin g taip nama aq kat google.Kantoi dah cerita2 sedih.Hahaha..

Malam ni patutnya kena siapkan dua kertas kerja dengan satu assigmnt.Rasa malas nauzubillah sgt arini.Letih mungkin ulang-alik ke Jempol tgk pengantin td.

Beberapa minit td jumpa seseorang yang aq carik lebih dr 6 tahun.Tak kenal orangnya tapi cuma tahu nama singkatan dia je.Kalau google memang gerenti tak jumpa.Mirip je dengan muka aq ni.Sebab tu la tak rasa hilang kan.Dari dulu cuma tempat persinggahan je lepas tu kembali ke yang dulu.Cerita bertahun macam orang bodoh sangat kalau ungkit.

Bak kata Arif 'Orang dah lupa buat apa nak ingat2 lagi.Dia tak ingat pon kat awak'.
Memang betul pon.Perempuan ni susah sikit kan sebab simpan kat hati paling dalam kemas2.Ingatan tu gembira ke pahit ke ingat je selalu.

Oleh tu,bila aq teringat aq luahkan.Kalau tak memang tak boleh tido.Contohnya macam sekarang ni la.Apa aq buat salunya tulis atas nota tampal tapi hari ni taip dekat blog yang dah bersawang ni.

Sengaja aq selalu taip panjang.Ini diari aq.Orang tak baca.Aq cuma anggap orang yang aq nak baca,satu hari nanti dia baca.Ingat ke lagi nama aq ni agaknya?Ingat ke lagi dekat wajah aq ni?Aq rasa muka akan berubah ikut usia.Sebab aq bru masuk 20-an,aq anggap muka aq masih sama macam dulu.Aq rasa muka kamu sama juga macam dulu.Kekampungan.Nerd.Specky.Macam tak ada perempuan pandang tapi sebenarnya ramai.Haha..Nak gelak bila pikir balik kisah dulu.Kisah 6 ke 5 tahun dulu yang dah berhabuk,bersawang sama macam diari sawang ni.

Selamat malam kekasih hati.Selamat malam sayangku kini :')
 
;