Dear diary,
Aku mengemas buku-buku lamaku.Yang sudah lama berdebu tak disentuh di dalam bilik stor.Banyak khazanah lama yang ditemui sama ada milikku atau adik-beradikku yang lain.Aku asingkan keperluan dan sampingan lalu ku buang barang-barang sampingan yang cuma memenuhi ruang bilik stor di rumah kecil kami.
Saat bertukar minit,minit bertukar jam.Pagi menginjak ke tengahari kemudian petang dan seterusnya malam.Kerja mengemas hampir selesai seusai matahari terbenam.Akan tetapi hati ini terpanggil untuk mencari sesuatu yang telah lama terbenam dalam timbunan kotak-kotak.Ku gigihkan diri mencari hilangnya sesuatu itu setelah selesai magrib.
Di mana gambar yang pernah diterima aku dahulu?Mustahil aku buang kerana kasih dan sayang aku kepada gambar itu disebabkan gambar itu sendiri serta empunya diri yang memberi.Peluh ku kembali membasahi baju walhal aku baru selesai mandi ketika itu.Akhirnya aku berjaya mengeluarkan kotak yg letaknya paling dalam dan paling bawah antara timbunan kotak yang lain.Aku keluarkan ke ruang tamu lalu ku keluarkan satu persatu.Masih tiada.Yang tertarik pada pandangan mataku cuma buku tulis panjang tertulis "nota fizik" di halaman paling hadapan.
Aku mula menyelak halaman buku itu.Ternyata kosong.Cuma buku kosong ketika zaman sekolah menengah.Sampai ke halaman tengah buku itu,ada tulisan yang memenuhi ruangan tengah.Penuh.Atas hingga bawah.Aku mulai baca dengan teliti.Kenapa aku terlupa.Tiada langsung dalam kotak memoriku.Aku sangka aku ingat setiap detik masa dan memori bersama-sama.Sombong dan terlalu angkuh diriku ini rupanya.
Ianya bait-bait tulisan dari kekasih hati yang amat aku kasihi ketika itu,mungkin masih lagi ketika ini.Kalau tidak masakan aku terlalu gigih mencari memori.Walau lain yang dicari,lain yang dijumpai tetapi aku puas.Si kekasih menyatakan biodata diri di dalam itu mungkin atas desakan pasangannya kerana mereka hampir menghabiskan tempoh persekolahan ketika itu.Walau pon diminta untuk tulis di dalam buku khas pasangannya,tetapi dia menulis di dalam buku lain yang tidak diguna.Mengapa ya?Mungkin buku khas itu tidak sampai ke tangan dia.Mungkin kerana pada mulanya dia enggan menulis sebarang data diri pada buku.Mungkin juga dia mengganggap pasangannya akan sentiasa bersamanya jadi mengapa perlu ditulis dan diluah atas sebuah kertas yang mungkin hanya akan dibuang di kemudian hari.Semuanya cuma andaian aku sebagai pasangannya.
Aku menyentap kertas itu supaya terpisah dari buku.Ku lipat dan letakkan didalam kotak yang menempatkan memori remajaku.Mungkin menjadi barang kesayanganku selepas ini.Bukan sahaja kertas itu tetapi segala isi yang terkandung di dalam kotak memoriku.
Dulu aku pernah memohon supaya dihilangkan ingatan akan beberapa tahap dalam kehidupanku.Lagi-lagi diantara umur 16 sehingga 18 tahun.Terlalu banyak memori manis yang disulami dengan kepahitan.Kepahitan itu masih terasa sedikit walaupon sudah 6 tahun berlalu.Tidak sepahit ketika aku baru-baru mengetahui segala angan-anganku musnah.Tiada yang tinggal.Ketika itu aku baru menginjak 20an.Jiwa masih memberontak.Ketika ini juga masih memberontak tetapi mampu dikawal luarannya.Kini aku yang mendambakan memori itu.Supaya aku tidak lupa siapa aku sekarang disebabkan pengalaman aku yang dulu.Orang yang bersama-sama denganku sepanjang peringkat kehidupan yang aku telah lalui dan bakal lalui.
Aku ingin ingat.Aku mahu ingat.Segalanya.Dengan izin Allah aku mampu teruskan kehidupan ku.Seperti biasa.Mungkin ada ketika aku mengambil jalan serong.Aku mahu mencuba nasib.Nasib yang sudah ku tahu sebenarnya.Cuma aku menjadi aku.Tidak salah kan aku mencuba,supaya aku tidak kecewa dengan hasil yang langsung tidak mencuba.Lebih baik aku tangisi percubaan yang gagal daripada aku menangisi peluang yang dilepaskan.
With Love,
Aimy